Ini belog kurang Ajar..., dengan penggunaan bahasa yang agak kasar dan mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak (pembaca), jika Korang orang boleh terima konsepnya, teruskan pembacaan dan jika sebaliknya..., sila Keluar secepat mungkin supaya tidak menyakitkan hati.

Ini blog Aku,Aku punya fikiran, Aku punya persepsi,Aku punya selera,Aku punya suka apa yang Aku nak tulis/luahkan di sini...punya pasal aku la....

Orang Perak Sudah Meluat Kat Zambry The Jason King!!


Kalau ada rancangan dalam TV bertajuk "Masih Ada Yang Sayang" maka TV juga perlu mengwujud rancangan terbaru yang bertajuk "Masih Ada Yang Benci" dibintangi oleh Zambry The Jason King dan Mufti Perak.

Inilah realiti yang perlu difikirkan oleh Zambry The Jason King terhadap pemerintahan beliau yang semakin dibenci oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan ini terbukti
apabila contengan menggunakan cat semburan dengan kata-kata yang menggambarkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap Zambry The Jason King dan Mufti Umno Harusani di dinding Dewan Kelab Motosikal Lekir .

Kejadian yang disedari oleh JKKK Kampung Batu 8 Lekir kira-kira pukul 2.30 petang semalam sepatutnya menjadi satu iktibar kepada masyarakat setempat dan Umno bahawa kerja-kerja sebegini hanya dilakukan oleh golongan belia yang faham akan kezaliman dan kejahatan pimpinan Umno dan BN.

Jadi,sekiranya golongan muda sudah semakin membenci Umno dan pimpinannya maka tunggulah saat kehancuran Parti yang dianggap paling kuat dan meluat dinegara ini...

0 ulasan:


Blogger Layouts by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Landscapes Design