Ada satu kenyataan yang pelik di sini, kedua-dua calon SPM 2009 ini memperoleh keputusan yang cemerlang, Seorang pelajar berbangsa Cina Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, Gladys Tan Yee Kim yang memperolehi 10A+, manakala seorang lagi berbangsa Melayu Habibah Hanan yang menjadi pelajar terbaik di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) apabila memperoleh keputusan cemerlang 15A termasuk 10A+ dalam peperiksaan diumumkan, semalam.
Habibah Hanan bukan sahaja memperolehi 10A+ malah mendapat tambahan lagi 5A untuk mata pelajaran lain menjadikan semuanya 15A, tetapi mengapa pelajar 10A+ yang diumumkan sebagai pelajar terbaik?
Malah di dalam petikan akhbar di atas, tiada langsung nama Habibah disebut sebagai antara pelajar terbaik. Berikut petikan yang dimaksudkan.
Malah di dalam petikan akhbar di atas, tiada langsung nama Habibah disebut sebagai antara pelajar terbaik. Berikut petikan yang dimaksudkan.
Beliau turut mengumumkan sembilan lagi pelajar terbaik SPM 2009 iaitu Grace Kiew Sze-Ern dari SMK Perempuan Seri Aman, Petaling Jaya, Selangor; Khadijah Ahmad Jais dari SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan; Akmal Hidayat Sabri dari SMK Derma, Kangar, Perlis dan Syamilah Mahali dari Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.
Pelajar lain termasuk Lee Wei Ling dan Corrine Gunn Huey Min dari SMK Taman Melawati, Selangor; Nur Syuhadah Muhamad dari SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan; Lai Yin Kwin dari SMK Tinggi Melaka, Melaka dan Hu May Khei dari SMK Convent, Taiping, Perak.

Apa sebenarnya yang dah terjadi? Adakah kerana pelajar itu dari Kelantan? Atau terdapat hal-hal lain yang tidak melayakkan beliau diistiharkan sebagai pelajar terbaik 2009? Beliau (Habibah) memperolehi 10A+ dan juga 5A, bukan sahaja dapat 10A+ malah dapat lagi tambahan 5A, sedangkan pelajar terbaik yang diumumkan hanya mendapat 10A+.
Tolong jelaskan sesiapa yang tahu mengapa? Kerana berita ini kelihatan pelik. Takkan isu SPM pun nak dipolitikkan kot?
Pastt:tak Umpama....
0 ulasan:
Catat Ulasan