Ini belog kurang Ajar..., dengan penggunaan bahasa yang agak kasar dan mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak (pembaca), jika Korang orang boleh terima konsepnya, teruskan pembacaan dan jika sebaliknya..., sila Keluar secepat mungkin supaya tidak menyakitkan hati.

Ini blog Aku,Aku punya fikiran, Aku punya persepsi,Aku punya selera,Aku punya suka apa yang Aku nak tulis/luahkan di sini...punya pasal aku la....

1MALAYSIA : MALAYSIA ANTARA 10 TERTINGGI AMBIL ARAK DI DUNIA




KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3

Din Beramboi Kritikal


Din dikatakan telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang berbahaya semasa penggambaran beberapa hari lalu.

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Mior Ahmad Fuad atau Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan berada dalam keadaan koma.

Bagaimanapun, pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki ketika dihubungi mStar Online memberitahu bahawa doktor masih lagi menunggu sehingga 24 jam bagi melihat perkembangan Din sama ada stabil atau tidak.

"Doktor mengesahkan Din telah terkena virus kencing tikus, namun masih lagi mencari punca air kencing tersebut dari mana, sama ada dari pemakanan, jangkitan ataupun secara langsung.

"Saya difahamkan ketika itu, Din sedang melakukan penggambaran untuk programnya bersama binatang di Zoo baru-baru ini.

"Saya juga difahamkan berlaku pendarahan dalaman dan buat masa ini dia masih lagi dalam keadaan koma dan kritikal," jelasnya.

Sementara itu, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.

"Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.

"Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat," katanya.

Begitu juga beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.

Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.

DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital esok.

Tajuk Pantun-1Malaysia 1israel



M
enteri Najib semuanya kodi
Kaki joli.... kaki arak
Tuduh Anwar ejen Yahudi
Tapi satu bukti pun tarak

1 Israel 1Malaysia
Dua-dua ilham APCO
Orang kata hangpa tak caya
Depa kata fitnah sokmo

Marah-marah dalam Parlimen
Desak Anwar jawab segera
Kawan tu jawab berserta dokumen
Depa terdiam but mulut ternganga

Anwar dah kata "don't play-play with me"
Dia cakap serius bukan memborak
Sekarang komer cakap siapa ejen Yahudi?
Anwar Ibrahim atau Najib Razak?

APCO dan Najib bekerjasama
Membentuk imej memberi nasihat
Apakan jadi pada rahsia negara??
Eeeii... rangkaian APCO banyak muslihat!!

Weh.... tubuhkan Suruhanjaya diRaja dan siasat
Cepat... keselamatan negara dalam bahaya!!
Bongkar dan dedah sebelum terlambat
Siapa sebenarnya pengkhianat negara??

Jangan biarkan mereka bermaharaja lela
No... no... no... cukup--cukup dan sudah-sudahlah
Nyahkan mereka daripada terus kuasa
Sekat pengaruh Yahudi laknatullah

Oleh itu, rakyat semua mesti berubah
Buat pilihan yang bijak sana
Guna kuasa kita secara berhemah
Ayuh... kita selamatkan negara tercinta

AJK UMNO Bahagian Ditangkap Khalwat Dengan Gadis Bawah Umur

TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat.

“Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.

ARAK : BRUNEI TAKUT AKAN LAKNAT DARI ALLAH S.W.T...NEGARA KITA??!!




Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat tuhan.

"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukan sahaja tapi semua yang berada di negara ini"
"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak"
"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnyanya.

DI MALAYSIA APAKAH PUAK-PUAK YANG KONONNYA MEMPERJUANGKAN KALIMAH ALLAH DAN PERARAKKAN MAILIDUR RASUL BERANI BERTINDAK SEUMPAMA INI?APAKAH MEREKA BERANI MENENTANG PENJUALAN ARAK DAN SEBARANG MINUMAN KERAS YANG KINI MENJADI SEBAHAGIAN DARI BUDAYA GOLONGAN ELIT DAN JUGA DIKATAKAN OLEH YG SAIFUDDIN NASUTION TELAH MENJADI SEBAHAGIAN DARI BUDAYA HIDUP PIMPINAN UM-NO/BE-END??!!

DI MALAYSIA BUKAN SAHAJA ARAK YANG TELAH 'DIHALALKAN'...JUDI DAN PELACURAN JUGA SEOLAH-OLAH TELAH 'DIHALALKAN' OLEH KERAJAAN NAJIB ALTANTUYA....LIHAT SAHAJALAH GENTING HIGHLAND DAN LORONG-LORONG SEKITAR CHOW KIT DAN BUKIT BINTANG..INI ADALAH CONTOH PERKARA YANG 'DIHARAMKAN' OLEH ALLAH S.W.T TETAPI TELAH 'DIHALALKAN' OLEH NAJIB ALTANTUYA..APAKAH KERAJAAN TAK MAMPU MEMBANTERAS SEMUA INI??TEPUK DADA TANYA IMAN!!!!

Perniagaan Yang Sangat Menguntungkan!!!

Malaysia adalah antara negara tercanggih di dunia. Perniagaan berada di mana-mana, hingga di tengah jalan.
Atas, ialah antara warung di tengah jalan.
Bawah, ialah deretan warung di tengah jalan.

Sakit mata memandang dan berat bahu memikul.

Zambry Angkuh, Sombong, ADUN BN Sahkan Sivakumar sebagai Speaker




Sivakumar menunjukkan fax yag diterima

YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah,melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapan tersebut telah diterima atau belum.

Perkara ini didedahkan oleh Sivakumar dalam sidang akhbar yang diadakan pagi kelmarin di pejabat Sektetariat PR Negeri.




Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.

Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong.

Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai. Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak. Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap.

Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah. Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.


Blogger Layouts by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Landscapes Design